Cuba baca post kali ni. renung2 kan dan hayati betol2. adakah zina tu hanya berlaku pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan? bukan setakat tu shj. contohnya :-
Kami hanya berbual, berbincang, bertanya khabar, minum2 .. adakah itu menghampiri zina?
Ya, perbuatan itu boleh menjerumus kamu ke lembah perzinaan.
Tidak semestinya semua org bercinta menjurus kpd perzinaan. ada yg hanya bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. tak pernah bersua muka pun!
Betul. itu adalah salah satu bentuk yg dimaksudkan dgn menghampiri zina. mmg pada awalnya mereka tidak bersua muka, tp perasaan mereka pasti bergelora. lambat launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret mereka kpd suatu pertemuan. ingat, pertemuan pertama yg indah itu tidak akan terhenti di situ shj. percayalah, ia pasti berlanjutan dan berterusan.
Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? itu pun zina ke?
Zina ada brmacam macam jenis dan peringkatnya. ada zina betul. ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan. ada zina mata iaitu melihat kekasihnya dgn perasaan berahi. begitu juga melihat auratnya adalah dikira zina mata. ada satu lg iaitu zina hati, ia brkhayal dgn berahi bersama kekasihnya.
Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? bincang pelajaran sahaja!
Berdiskusi pelajaran, betul ke? takkan berdiskusi berdua shj. tak ada kawan lain ke? jangan tipu! Allah tahu apa yang terselit di dalam setiap hati hamba-hambanya. kita belajar nak keberkatan. kalau berjaya cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan diberkati. janganlah berselindung disebalik pelajaran yang mulia semata-mata utk menghalalkan perbuatan yg ditegah.
Tentu ada cinta secara ISLAM ..?
Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. cinta berlaku setelah diijab qabul ; cinta lepas kahwin. itulah cinta qudus. cinta yang bermaruah. bukan cinta murahan dan jalanan. cinta adalah maruah manusia. ia terlalu mulia. Dia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin , Allah berikan 'sesuatu' sbg ganti yg lebih baik iaitu perkahwinan. sabda Rasulullah ; tidak ada yang lebih patut bg dua orang saling mencintai kecuali nikah'
Tanya sikit , adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? ganti bercinta.
Semua itu adalh tipu daya dan perangkap syaitan. hakikat dan matlamtnya adalah sama. itulah cinta yang diberi nafas baru. kulitnya nampak berlainan tetapi isinya adalah sama. adik angkat, kakak angkat, abg angkat adalah sama shj suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. or yg terlibat dgn budaya 'angkat' ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. cuma menunggu masa utk dikorbankan. jalan akhirnya akan bertemu dgn lembah perzinaan.
Masih adakah org yang tidak bercinta di zaman serba maju dan canggih ini?
Ya, masih ada org yang suci dalam debu. golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. mereka akan bertemu suatu hari nanti. mereka ada pasangannya.
* kita berpisah kerana Allah, kalau ada jodoh tidak kemana*
PESANAN : 'jika remaja dapat melalui zaman remajanya yang sukar ini dengan jaya, tidak ada lagi zaman yang lebih sukar daripada itu' :)


